Akhirnya, masalah selesai!
- Sudah pergi banyak klinik tetapi masalah tidak selesai
- Sudah cuba titis ubat dan tembak guna air, tetapi tidak berkesan
- Rasa ada benda tersumbat dalam telinga
- Pendengaran kurang jelas dan berdengung
- Kawan-kawan terpaksa jerit apabila bercakap dengan anda
Pernahkah anda mengalami gejala di atas?
Di Klinik Safa, kami ada rawatan yang sangat berkesan dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja!
Taik Telinga Tersumbat
Tahi telinga keras yang sudah lama akan bertukar warna hitam. Biasanya ubat titis telinga atau rawatan tembak air tidak berkesan untuk mengeluarkan tahi telinga jenis ini.
Kutu Babi di telinga
Telinga sakit juga boleh disebabkan oleh kutu babi atau dikenali juga sebagai cengkenit. Biasanya anda akan merasa sakit dan ada sesuatu yang merayap di dalam telinga. Kutu babi bukan sahaja menghisap darah, tetapi ia juga boleh menyebarkan virus dan bakteria kepada individu tersebut
Cotton Bud tertinggal
Putik kapas atau cotton bud juga boleh tertinggal di dalam telinga ketika anda cuba membersihkan telinga. Penggunaan cotton bud tidak disarankan untuk membersihkan telinga kerana ia bukan sahaja boleh menolak tahi telinga untuk masuk lebih dalam tetapi juga ada risiko hujung putik kapas tertinggal di dalam telinga
Benda asing di telinga
Benda asing seperti biji manik, hujung pemadam pensel dan mainan juga boleh menjadi penyebab kurang pendengaran dan telinga tersumbat. Jika dibiarkan, lama-kelamaan telinga akan menjadi bengkak dan dijangkiti kuman
Rawatan Tahi Telinga (Earwax Microsuction)
Mengapa ramai yang memilih rawatan ini?
- Prosedur mudah dan cepat
- Berkesan untuk menyelesaikan masalah dengan sekali rawatan sahaja. Tidak perlu guna ubat titis berhari-hari
- Tidak menyakitkan. Kanak-kanak pun boleh menjalani rawatan ini.
- Harga Rahmah dan berpatutan
- Doktor yang sangat berpengalaman
- Hasil dan kesan rawatan boleh dilihat secara 'live' di screen