SUNAT LELAKI DEWASA

Khatan, sunat ataupun circumcision untuk lelaki dewasa bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat Malaysia. Ianya bukan sahaja dilakukan oleh orang Islam, tetapi juga semua bangsa dan agama atas tujuan-tujuan tertentu seperti kebersihan dan kesihatan

5 sebab bersunat untuk orang dewasa

  • Mengelakkan jangkitan pada salur kencing, kulit dan kepala zakar
  • Mengurangkan risiko kanser zakar (lelaki) dan kanser serviks (perempuan)
  •  Memudahkan untuk menjaga kebersihan pada kulit zakar
  • Tuntutan sesetengah agama
  • Menghindari penyakit kelamin seperti HIV
"Bersunat atau berkhatan bukan sahaja dilakukan oleh orang Islam. Di Amerika Syarikat, 80% lelaki sudah bersunat.American Academy of Paediatrics menyarankan bersunat jika tiada halangan."

Sunat dewasa melalui Kaedah Stapler

Kaedah Stapler semakin mendapat populariti untuk sunat orang dewasa atas sebab keberkesanan dan risiko yang rendah. Kaedah ini menggunakan sejenis alat seperti Stapler dan hanya dengan sekali Klik, potongan dan sambungan kulit dapat dilakukan dengan serentak dan pantas, berbanding kaedah-kaedah lain di mana potongan harus dibuat dan kulit harus dijahit beberapa kali.

Cepat

Tiada Pendarahan

Tiada Jangkitan

Tidak Sakit

Penyembuhan Cepat

Sunat dewasa melalui Kaedah laser

Kaedah laser sememangnya popular bukan sahaja dikalangan kanak-kanak malah juga orang dewasa. Kaedah laser menggunakan alat perubatan yang dipanggil cautery untuk memotong dan memberhentikan pendarahan. Dalam kaedah laser, bahagian kulit akan dijahit menggunakan benang khas yang akan tertanggal sendiri tanpa perlu dicabut. 

Buat Keputusan Yang Tepat Sekarang