BERKHATAN
Berkhatan, bersunat atau dalam bahasa perubatan disebut ‘circumcision’ adalah prosedur di mana kulit berlebihan pada bahagian hujung ‘prepuce’ di buang. Prosedur ini boleh dilakukan ketika bayi, kanak-kanak sehinggalah orang dewasa, dengan menggunakan teknologi baru seperti plastibell, laser dan stapler
tujuan berkhatan
Di Malaysia, kebanyakan prosedur khatan dilakukan atas tuntutan agama Islam. Ini juga dikenali sebagai ‘Ritual Circumcision’. Selain itu, terdapat juga sebab-sebab perubatan dimana khatan dilakukan seperti:
- Phimosis - keadaan di mana kulit terlalu sempit sehingga menghalang aliran air kencing.
- Paraphimosis - berlaku apabila kulit yang ditarik tersekat.
- Kulit tersepit pada zip
- Masalah pundi kencing yang memerlukan self-catheterization
Bersunat/ berkhatan semasa bayi
Bersunat atau berkhatan semasa bayi boleh dilakukan seawal 7 hari dan tiada had umur maksimum untuk khatan semasa bayi.Terdapat pelbagai kebaikan melakukan khatan pada peringkat awal. American Academy of Paediatricians mengesyorkan khatan dilakukan oleh setiap lelaki. Malahan di Amerika Syarikat, sebanyak 60% hingga 90% kanak-kanak lelaki sudah dikhatankan ketika bayi
Kebaikan dan kelebihan
- Sistem saraf dan deria sakit bayi berbeza dengan kanak-kanak dan orang dewasa. Tahap kesakitan yang dirasai adalah sangat kurang berbanding dengan orang dewasa disebabkan sistem saraf yang belum matang lagi.
- Berkhatan semasa bayi dapat mengelakkan jangkitan kuman pada zakar dan juga air kencing. Ini kerana, proses penjagaan dan mencuci zakar lebih mudah dan bersih apabila sudah berkhatan.
- Berkhatan atau bersunat semasa bayi juga lebih mudah berbanding apabila kanak-kanak sudah besar. Ini kerana, sesetengah kanak-kanak akan berasa takut dan sukar memberikan kerjasama.
Kaedah/ Teknik khatan untuk bayi
Teknik yang biasa digunakan untuk khatan atau sunat bayi biasanya adalah Teknik Dorsal Slit dan juga Plastibel. Di Klinik Safa, kebanyakan bayi berkhatan dengan teknik Plastibel kerana ianya tidak memerlukan jahitan pada kulit, luka lebih kemas, kurang risiko pendarahan dan kurang sakit.
Semua bayi yang dikhatankan akan diberikan ubat bius setempat sama seperti kanak-kanak dan orang dewasa.
Bersunat/ berkhatan bayi perempuan
Mungkin ada dikalangan ibu bapa yang beragama Islam tidak pernah mendengar tentang berkhatan atau sunat untuk bayi perempuan, berbanding sunat lelaki. Namun, kaedah sunat atau khitan bayi perempuan sudah dilakukan oleh masyarakat Arab sejak dahulu lagi. Rasullullah S.A.W mengiktiraf amalan ini dan meletakkan beberapa kaedah untuk melakukannya.
Menurut Mazhab Syafie, hukum khitan bagi perempuan adalah wajib. Jika dilihat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-86 bagi tahun 2009 (Al-Kafi #419), hukum berkhatan bagi perempuan adalah wajib selagi ia tidak membawa kemudaratan pada diri.
Bilakah tempoh yang sesuai?
Tiada had umur spesifik untuk khatan bayi perempuan tetapi jarak umur yang disarankan adalah antara selepas lahir sehingga 2 tahun. Ini bagi mengelakkan perasaan takut dan malu untuk menjalani prosedur. Selain itu, khatan semasa bayi mempunyai kelebihan di mana luka lebih cepat sembuh seawal 2 hingga 5 hari sahaja.
Kaedah/ Teknik khatan bayi perempuan
Terdapat 3 teknik yang biasa dilakukan iaitu menggunakan pisau, gunting atau jarum steril yang tajam. Khitan bayi perempuan berbeza dengan Female Genital Mutilation, di mana tujuan hitan hanyalah untuk memperkemaskan lebihan kulit sahaja dan tidak melibatkan apa-apa jahitan.
Berkhatan kanak-kanak lelaki
Di Malaysia, tradisi berkhatan kanak-kanak lelaki bukan sahaja dilakukan ketika musim cuti sekolah tetapi sepanjang tahun.
Bilakah tempoh yang sesuai?
Tiada had umur yang dibolehkan untuk berkhatan kanak-kanak lelaki, tetapi ia biasa dilakukan pada usia antara 6 tahun sehingga 12 tahun.
Kaedah/ Teknik khatan kanak-kanak lelaki
Teknik yang biasa digunakan untuk bersunat atau berkhatan kanak-kanak lelaki ialah teknik laser, clamp atau dorsal-slit. Setiap teknik ini mempunyai kelebihan sendiri dan ibu-bapa boleh berbincang dengan doktor berkenaan teknik yang sesuai untuk anak masing-masing.
Khatan dewasa / Adult Circumcision
Khatan untuk lelaki dewasa bukanlah prosedur yang jarang dilakukan. Ia banyak dilakukan namun tidak diraikan seperti kanak-kanak. Ada pelbagai kebaikan dan sebab untuk berkhatan walaupun anda sudah dewasa
Kebaikan khatan/circumcision
- Tuntutan agama seperti Muallaf
- Kulup yang ketat sehingga tidak boleh ditarik ke belakang (phimosis)
- Jangkitan pada kulit atau kepala zakar, seperti HIV, HPV, Sexually Transmitted Disease (STD) dan jangkitan bakteria.
- Faktor kebersihan, kerana bakteria, virus, kulat, tisu mati dan ketulan minyak boleh berkumpul dilapisan kulup dan kepala zakar.
- Mengelakkan risiko kanser zakar
Kaedah paling popular - ZSR Stapler Circumcision
Kaedah ZSR stapler mendapat permintaan yang tinggi di kalangan dewasa kerana tempoh prosedur yang singkat (15-20min sahaja!) , kurang pendarahan dan risiko jangkitan, kurang sakit dan tempoh penyembuhan yang cepat seawal 24jam !
EXCELLENTBased on 171 reviewsTrustindex verifies that the original source of the review is Google.Noor Hafizah21. August, 2024Harga mampu milik untuk sume berbanding klinik lain...Layanan Doc Dan staff sgt2 lah mesra.Penjelasan Doc berkenaan rawatan Dan sesuatu penyakit jelas dan padat...Rawatan Pula Doc bagi pendapat Dan tiada paksaan buat, boleh ikut pada bajet pesakit.Memang sgt2 puas hati.Terbaikk dengan Doc Ilyas yg merawat ayah sy...Rawatan yg percuma tiada cas tersembunyi.Moga klinik SAFA Maju JayaTrustindex verifies that the original source of the review is Google.aliya21. August, 2024Terima kasih Dr Nas untuk servis cuci telinga ! Buat di klinik lain tapi cuma pakai syringing sahaja, tak ada suction. Jadi masalah ke”pekak”kan tak settle haritu juga. Harini ,selepas hari keempat telinga tak dapat dengar clearly, sekarang dah dpt dengar jelas mcm biasa🥹🤲🏼Tak ada lagi telinga tersumbat. Dah boleh kerja mcm biasa yeay!! Siapa nak cuci telinga boleh pergi Klinik Safa Ampang! Recommended 100%🥳 Alhamdulillah tak jadi refer ENT😂😮💨Trustindex verifies that the original source of the review is Google.KALAI16. August, 2024Excellent serviceTrustindex verifies that the original source of the review is Google.A Aznan9. August, 2024Doctor is very dedicated & detailed when giving explanations. Nurses are very polite & helpful too. Price is reasonable & easy parking as well.Trustindex verifies that the original source of the review is Google.Gapo Gapo mg8. August, 2024Good service, explaination dari Dr jelas, klinik selasa bersih, bawa pekerja untuk procedure khatan dewasa ZSR, highly recommend thank you Klinik Safa Dr Nas & Team 👍Trustindex verifies that the original source of the review is Google.Dzulhilman Sulaiman6. August, 2024Doktor mmg best.. service terbaek.. harga berpatutan .. cepat .. x perlu tunggu2 Sesuai utk mereka yg perlukan surgery yg minor tapi x nak tunggu lama di hospital awam dan x nak bayar mahal hospital private.. Tq klinik safaTrustindex verifies that the original source of the review is Google.Anaz Anaz3. August, 2024Alhamdulilah selesai sunat anak disini. Doktor & team semua sgt baik. Urusan berjln lancar wlau anak menagis kuat, doktor bijak kawal situasi.. 5 bintang utk Doktor Ilias!!Trustindex verifies that the original source of the review is Google.Yeet3. August, 2024Friendly staff and doctor. I came for circumcisions and my appointed doctor is Dr Nas. He is very helpful and patient with my inquiries.